"Icha & Ada"

Setelah sekian lama tidak mencoret diruangan ini, terasa rindu pula jari jemari ini menaip, untuk entri kali ini saya ingin bercerita berkenaan anak buah saya yang seorang ini, pada setakat hari ini, mungkin berumur 4 tahun lebih kot, namanya Aleesya, dia ada lagi seorang adik bernama syuhada, kedua-dua orang ini boleh tahan perangai nya. Tapi saya, tidak mahu berkongsi lebih mendalam berkenaan ngan perangai diorang, tetapi lebih kepada coretan yang mungkin akan memberi mereka peringatan. Sebagai Bapa Saudara mereka, saya menyimpan harapan yang tinggi terhadap mereka untuk meneruskan legasi keturunan. Sempena dengan hal yang demikian Pak Teh mengucapkan korang selamat Maju Jaya, semoga hidup korang bahagia dunia akhirat, mungkin hari ni korang x paham kenapa Pak Teh selalu menyebut " Icha, Ada Pak Teh nak dengar ABC sikit," atau "Icha, Ada p bace buku". Pak Teh sebenarnya nak korang jadi manusia yang berilmu, bukanlah maksudnya membaca sahaja boleh jadi pandai tetapi, ilmu dan kemahiran yang dipelajari dipraktikalkan untuk kehidupan seterusnya. Amin..................

Comments

Popular posts from this blog

KAYAP ULAR

Stalin - The Court of the Red Star

Penutup 2019?