Posts

Showing posts from January, 2015

Azam 2015

Image
   Gambar : Sekadar Hiasan (tiada kaitan) Untuk entri kali ini, bukan lah untuk aku meluahkan perasaan yang terpendam, tetapi lebih kepada soal kehidupan aku secara totalnya. Sepanjang pasca kehidupan selepas SPM (teringat kata-kata Guru Bahasa Inggeris aku) bahawasanye, kehidupan sebenar bermula selepas zaman SPM, namun kata-katanya adalah benar sama sekali  berdasarkan pengalaman nya sebagai seorang dewasa yang telah melalui liku-liku kehidupan terlebih dahulu daripada aku. Namun sepanjang ingatan aku, tidak pernah sama sekali aku membiarkan kehidupan terumbang ambing tanpa ada motivasi, namun kejayaan yang dicipta tidaklah sebesar bulan dan bintang, jauh sekali seluas alam semesta, namun usaha berterusan sentiasa dilakukan, walau sesekali kekecewaan melanda diri, namun tidak pernah mematikan terus cita-cita dan impian. Disini ingin aku tegaskan, seiring dengan pertambahan umur, aku harus lebih meletakkan wawasan dan impian sebagai keutamaan dalam hidup kerana meletakkan harap