Posts

Showing posts from 2017

USM & KONVO 2017

Image
Ramai batch USM aku dah konvo. Saya bila lagi? Bile scroll pic2 dorang kat FB dan IG membara balik semangat juang aku yang dah pudar ni. Terasa balik keinginan naik atas pentas terima scroll. Tapi x pe lah, hujung tahun ni ak setelkan 1 lagi subject. So next sem tinggal buat RP jela. Aku gusar cket nak buat RP ni, bukan ape , nak kene byk buat referencing, tu yg penat giler ngan USM ni. Bertabah la untuk tahun hadapan, pejam celik pejam celik after bulan 6 ak just tunggu panggilan konvo jela. Harap2 RP ak x ganggu perancangan aku yg menggunung tu. Sekian

Gunung Bromo

Image
Pengalaman kali pertama berada di Gunung Bromo, teruja pon ada, sejuk, first time berada di kawasan kawah gunung berapi. Terfikir nak bawak tanah hitam balik Mesia, tapi lupa. Perjalanan dari Surabaya ke Bromo ni memakan masa 2 jam lebih. First time bau, rasa dan berada di kawasan kawah. Sebabnya di Mesia ni bukan ada gunung berapi pon. Kalo ikot populariti, Bromo ni x dijadikan pilihan rakyat Mesia, sebab kat sini byk sgt kes penipuan nya.Akibatnya industri pelancongan indonesia ni x mendatangkan keuntungan sgt.Banyak nak cerita, tp bila update blog tengah malam, ngantok je lebihnya...

LANGKAWI PUNYE CITER

Image
LANGKAWI PUNYE CITER Ini dah masuk 2 kali p Langkawi, hajatnye nak pusing 1 pulau, mana2 tempat yang belum p sebelumnye di selesaikan pada trip kali ke-2. Mungkinkah akan ade trip ke-3, siapa yang tahu kan. Sebenarnya, mangrove belum buat lagi, itu yang paling best. X pe la mungkin ade kesempatan yang lain. Mungkin disebabkan kos die yang lebih sikit je dari yang lain. Apa yang aku ingat pada trip kali ni adalah mase visit tasik dayang bunting, bila smp je kat sana mmg ade rase sikit aura ketakutan tu. Tengok plak air dia hijau semacam lagi la menambahkan gerun dihati. Memang x berselera nak mandi gayanya. Lagi plak memang kita dah tahu, tasik tu dah banyak makan korban, dan yang ajaibnya ramai je yang mandi kat situ Harap-harap dalam tahun ni aku dapat lengkapkan trip tok mangrove plak. Fewh banyak betul plan nak kene buat dalam tahun ni. Harap2 jadual kelas x kacau sangat kesemua plan yang aku dah buat. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

September Punya Hal

Image
Alhamdullillah, bulan september ni banyak cuti. Punya lah bosan esok dah nak start kerja. So, minggu kebosanan melanda. Alangkah baiknya kalo bekerja sendiri, manage semua bende sendiri, x payah nak tunggu hujung bulan kan. Hurm, banyak kene rancang ni, kalo x berjaya seperti yang dirancang pon x pe, at least la berusaha kan. Picture tiada kaitan...sekian untuk malam ini. K, bye

Imbasan 2016.

Imbasan 2016. Kehilangan orang yang tersayang pada 12.10.2016 amat menyakitkan. Segala usaha daya dan semangat hilang begitu sahaja. Begitu juga orang yang disekeliling turut sama merasa kepedihan pemergiannya. Doaku sebagai anak, semoga arwah ibu tenang di alam sana. Semago arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Bukan senang menerima hakikat permergiannya, tetapi kehendak Allah,siapa yang boleh menolaknya. Ku harap segala usaha yang arwah curahkan tidak sia-sia, begitu juga pergorbanan beliau dalam membersarkan anak2 amat dihargai.Seamasa hayat beliau, adalah manusia yang rajin berusaha, tidak kira siang dan malam, berterusan bekerja, mungkin tahu, kesuntukan masa kerana hayat kita hanyalah sementara dan aku ingin mengubah haluan.Al-Fatihah