Posts

Showing posts from 2015

Pandangan Peribadi Terhadap Wakil Rakyat Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera AdSinichi ucapkan kepada Pembaca Budiman.  Sebagai pembuka bicara, AdSinichi ingin memohon maaf seandainya di dalam ruangan ini  AdSinichi ada menyentuh sensitiviti dan mengguris hati dan perasaan individu mahupun masyarakat amnya,  kerana segala pandangan dan utaraan yang AdSinichi lakarkan adalah berbentuk pandangan peribadi. ________________________________________________________________________________________ Umum mengetahui bahawa sesuatu usul atau cadangan berkaitan hal ehwal negara khasnya hendaklah dibahaskan  di Dewan Rakyat. Dimana Dewan Rakyat ini dipilih dari adun di setiap kawasan yang telah dipilih oleh masyarakat  setempat. Adun membawa maksud panjangnya ,Ahli Dewan Undangan Negeri, adun ini bertanggungjawab untuk mewakili masyarakat setempat dalam  mengutarakan kepentingan dan kesejahteraan. Namun yang demikin, tugasan yang berat ini haruslah dipikul  dengan penuh sifat integriti dan kebolehupayaan adun dal

"Icha & Ada"

Image
Setelah sekian lama tidak mencoret diruangan ini, terasa rindu pula jari jemari ini menaip, untuk entri kali ini saya ingin bercerita berkenaan anak buah saya yang seorang ini, pada setakat hari ini, mungkin berumur 4 tahun lebih kot, namanya Aleesya, dia ada lagi seorang adik bernama syuhada, kedua-dua orang ini boleh tahan perangai nya. Tapi saya, tidak mahu berkongsi lebih mendalam berkenaan ngan perangai diorang, tetapi lebih kepada coretan yang mungkin akan memberi mereka peringatan. Sebagai Bapa Saudara mereka, saya menyimpan harapan yang tinggi terhadap mereka untuk meneruskan legasi keturunan. Sempena dengan hal yang demikian Pak Teh mengucapkan korang selamat Maju Jaya, semoga hidup korang bahagia dunia akhirat, mungkin hari ni korang x paham kenapa Pak Teh selalu menyebut " Icha, Ada Pak Teh nak dengar ABC sikit," atau "Icha, Ada p bace buku". Pak Teh sebenarnya nak korang jadi manusia yang berilmu, bukanlah maksudnya membaca sahaja boleh jadi pandai te

2 Minggu di Borneo

setibanya aku disini, perkara pertama yang bermain di minda ialah mencari makanan halal, ianya amat sukar untuk mencari makanan halal di sarawak kerana kebanyakkannya belum memahami apa itu "halal" dengan sebenar-benar erti. Keadaan ini mendatangkan perasaan serba salah diri disamping isu-isu sampingan yang lain. Kerana ianya bukan sekadar yang tersurat malah tersirat, menjaga hati dan perasaan orang sekeliling itu amat penting. Namun jauh disudut hati, aku sedar akan hal ini antara terpaksa dan rela (paksa rela). Perkara pertama yang aku harus belajar ketika mengembara ialah menjaga hati dan perasaan masyarakat amat penting. Dalam setiap tindakan yang kita ambil kita harus berhati-hati kerana tersilap ia boleh mendatangkan masalah kepada diri kita sendiri. Misalanya kita sedar di Malaysia, kita terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai ragam unik yang membezakan satu sama lain. Tidak terkecuali di Sarawak ini, dimana majoriti nya adalah berketurunan Iban, diikuti Bidayuh, Melana

MBA Gala Dinner 2015

Image
Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak penganjur MBA Club Unikl 2015 kerana sudi menjemput kami ke malam yang sangat meriah ini. Alhamdullillah juga diucapkan kepada semua hadirin yang datang untuk memeriahkan lagi suasana makan malam ini.Dapat juga kami bertemu dengan bekas pensyarah kami yang hampir setahun berpisah kerana menjalani kerjaya masing-masing, pelbagai cerita suka duka juga dapat dikongsi dengan teman-teman seperjuangan. Berbagai kisah kejayaan yang dapat dikongsi bersama seketika waktu yang amat singkat, walaubagaimanapon, saya berhasrat agar penganjur tidak pernah serik untuk mengadakan upacara sebegini akan datang, supaya ia menjadi wadah bagi bekas2 pelajar Unikl untuk bersua muka. Amin

Azam 2015

Image
   Gambar : Sekadar Hiasan (tiada kaitan) Untuk entri kali ini, bukan lah untuk aku meluahkan perasaan yang terpendam, tetapi lebih kepada soal kehidupan aku secara totalnya. Sepanjang pasca kehidupan selepas SPM (teringat kata-kata Guru Bahasa Inggeris aku) bahawasanye, kehidupan sebenar bermula selepas zaman SPM, namun kata-katanya adalah benar sama sekali  berdasarkan pengalaman nya sebagai seorang dewasa yang telah melalui liku-liku kehidupan terlebih dahulu daripada aku. Namun sepanjang ingatan aku, tidak pernah sama sekali aku membiarkan kehidupan terumbang ambing tanpa ada motivasi, namun kejayaan yang dicipta tidaklah sebesar bulan dan bintang, jauh sekali seluas alam semesta, namun usaha berterusan sentiasa dilakukan, walau sesekali kekecewaan melanda diri, namun tidak pernah mematikan terus cita-cita dan impian. Disini ingin aku tegaskan, seiring dengan pertambahan umur, aku harus lebih meletakkan wawasan dan impian sebagai keutamaan dalam hidup kerana meletakkan harap