Pandangan Peribadi Terhadap Wakil Rakyat Negara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera AdSinichi ucapkan kepada Pembaca Budiman.
 Sebagai pembuka bicara, AdSinichi ingin memohon maaf seandainya di dalam ruangan ini 
AdSinichi ada menyentuh sensitiviti dan mengguris hati dan perasaan individu mahupun masyarakat amnya, 
kerana segala pandangan dan utaraan yang AdSinichi lakarkan adalah berbentuk pandangan peribadi.
________________________________________________________________________________________

Umum mengetahui bahawa sesuatu usul atau cadangan berkaitan hal ehwal negara khasnya hendaklah dibahaskan 
di Dewan Rakyat. Dimana Dewan Rakyat ini dipilih dari adun di setiap kawasan yang telah dipilih oleh masyarakat
 setempat. Adun membawa maksud panjangnya ,Ahli Dewan Undangan Negeri, adun ini bertanggungjawab untuk mewakili masyarakat setempat dalam 
mengutarakan kepentingan dan kesejahteraan. Namun yang demikin, tugasan yang berat ini haruslah dipikul 
dengan penuh sifat integriti dan kebolehupayaan adun dalam membawa sesuatu atau lebih faedah kepada rakyat 
setempat. Kegagalan dalam memahami sifat - sifat tugas sebagai adun mendatangkan kecelaruan yang kritikal. 
Saya melihat dari sudut yang berbeza, terlalu banyak pihak media memaparkan video-video adun-adun terbabit 
ketika berbahas, apa yang dapat dilihat adalah suatu pembaziran yang mutlak, termasuklah masa, wang dan tenaga rakyat.
 Ini adalah kerana tidak banyak kata sepakat mahupun penjelasan yang bernas mengenai sesuatu perbahasan.
 Tidak terkecuali pihak pembangkang mahupun kerajaan, masing2 tidak memaparkan integriti sebenar dalam menjalankan tugas. 
Golongan ini haruslah memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa membazirkan waktu. 
Kerana yang terutama adalah keentingan negara dan kebersamaan, dimana kepentingan individu tertentu adalah tidak wajar untuk didahulukan. AdSinichi merasakan perlu ada satu garis panduan yang khas dalam menangani gejala ini, seterusnya kepatuhan yang obsolete terhadapnya akan membawa manafaat yang besar dan tidak ternilai harganya kepada negara dan bangsa. Sekian dan Wassalam-------------------------------------













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

2018 & SETERUSNYA

Da lame x update

USM & KONVO 2017