Posts

Showing posts from December, 2019

Kerjaya Pertama Selepas Abes Blaja

Image
Saje nak tunjuk, inilah kuih kegemaran saya. Buat masa ni kuih ini boleh didapati hanya pada hari Rabu, di pasar malam Taman Samudera Gombak. Kuih ni "indicator" yang yang aku masih ada masa di waktu malam untuk ke pasar malam. Kebiasaannya,rutin harian normal aku, memang tidak akan jumpa kuih ni, apatah lagi nak merasa. Cuma akan datang, aku harap aku boleh menikmati kuih ni sekerap yang boleh.Amin

Penutup 2019?

Image
Nak dikatakan penutup tahun 2019 ? Tidak mungkin, kerana masih ada beberapa hari lagi sebelum 2020. Sedikit catatan untuk diri sendiri dan bakal bakal pembaca yang tidak diketahui identitinya. Telah memilih untuk menamatkan perjalanan sebagai event planner di Pfizer (pharmaceutical) pada September lepas. Terlalu banyak pertimbangan, perbincangan dan renungan berkenaan hal ini, namun takdir telah menetapkan hal yang tidak bisa aku jangkakan. Bermula kehidupan pasca Pfizer, telah banyak membuka mata dan fikiran aku sebagai seorang insan yang kerdil dan lemah. Tidak perlu dicatatkan secara terperinci disini, yang mana details tersebut akan disimpan didalam chip memory otak aku sahaja. Semoga pembelajaran, penelitian dan pengajaran ini lebih mematangkan kehidupan aku. Dan, kehidupan ku masih diteruskan, nafasku masih panjang, dan masih banyak yang perlu diharungi. Semoga tabah sepanjang masa.Amin