Posts

Showing posts from March, 2015

2 Minggu di Borneo

setibanya aku disini, perkara pertama yang bermain di minda ialah mencari makanan halal, ianya amat sukar untuk mencari makanan halal di sarawak kerana kebanyakkannya belum memahami apa itu "halal" dengan sebenar-benar erti. Keadaan ini mendatangkan perasaan serba salah diri disamping isu-isu sampingan yang lain. Kerana ianya bukan sekadar yang tersurat malah tersirat, menjaga hati dan perasaan orang sekeliling itu amat penting. Namun jauh disudut hati, aku sedar akan hal ini antara terpaksa dan rela (paksa rela). Perkara pertama yang aku harus belajar ketika mengembara ialah menjaga hati dan perasaan masyarakat amat penting. Dalam setiap tindakan yang kita ambil kita harus berhati-hati kerana tersilap ia boleh mendatangkan masalah kepada diri kita sendiri. Misalanya kita sedar di Malaysia, kita terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai ragam unik yang membezakan satu sama lain. Tidak terkecuali di Sarawak ini, dimana majoriti nya adalah berketurunan Iban, diikuti Bidayuh, Melana