2 Minggu di Borneo

setibanya aku disini, perkara pertama yang bermain di minda ialah mencari makanan halal, ianya amat sukar untuk mencari makanan halal di sarawak kerana kebanyakkannya belum memahami apa itu "halal" dengan sebenar-benar erti. Keadaan ini mendatangkan perasaan serba salah diri disamping isu-isu sampingan yang lain. Kerana ianya bukan sekadar yang tersurat malah tersirat, menjaga hati dan perasaan orang sekeliling itu amat penting. Namun jauh disudut hati, aku sedar akan hal ini antara terpaksa dan rela (paksa rela). Perkara pertama yang aku harus belajar ketika mengembara ialah menjaga hati dan perasaan masyarakat amat penting. Dalam setiap tindakan yang kita ambil kita harus berhati-hati kerana tersilap ia boleh mendatangkan masalah kepada diri kita sendiri. Misalanya kita sedar di Malaysia, kita terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai ragam unik yang membezakan satu sama lain. Tidak terkecuali di Sarawak ini, dimana majoriti nya adalah berketurunan Iban, diikuti Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Berkenaan Masyarakat Iban ini mereka gemar "hirup", amalan ini sudah sebati dengan masyarakatnya, dan ia tidak menjadi satu masalah kepada mereka. Keseluruhan masyarakatnya lali dengan perkara-perkara sampingan ketika mereka mengadakan acara "hirup". Aktiviti ini dijalankan berdasarkan dua keadaan, pertama ketika salah seorang dari saudara mereka balik ke kampung untuk menziarahi saudara mara, kedua ketika mereka penat setelah berkebun disiang hari. Methodology amat mudah, kebiasaanya tuan rumah akan membeli minuman tersebut, dan mengidangkan kepada tetamu, kemudian mereka akan membentuk bulatan dan menydiakan hanya 1 gelas kecil, dimana gelas ini akan dituang arak, kemudian dipusingkan mengikut bulatan, semasa minum disitulah mereka berbual-bual sambil berbincang berbagai perkara dari hal keluarga, negara dan pelbagai, tetapi kadang kala berlaku perbalahan sesama mereka, ini adalah disebabkan meraka telah masuk ke fasa "mabuk". Segala yang ditutur telang hilang segala pertimbangan rasional. Jika ingin diceritakan secara panjang ia amat mengambil masa, kepada pembaca budiman saya akan sambung cerita ini jika ada kesempatan lagi. Sekian

Comments

Popular posts from this blog

KAYAP ULAR

Stalin - The Court of the Red Star

Demam Lagi....